Herba dan rempah merupakan antara bahan serbaguna yang boleh anda gunakan dalam masakan. Gunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan masakan yang lebih lazat, lebih berperisa.
Daun Kari – Daun kari boleh digunakan dalam pelbagai masakan tempatan, terutamanya masakan kari.
Daun Pudina – Masukkan ia sebagai penambah rasa segar pudina dalam masakana sam pedas.
Cili Padi – Tambahkan sedikit ke dalam masakan anda untuk rasa lebih pedas dan lebih ‘umph‘.
Kulit Kayu Manis – Meningkatkan aroma sajian nasi berdaging serta melazatkan hidangan nasi minyak, nasi tomato, kari, dan kurma.
Bunga Cengkih – Rempah yang digemari untuk sajian kaserol, perapan, bergedel ayam, kari, dan stew.
Daun Selasih – Herba yang mempunyai perisa lemon. Daunnya kecil dan tirus. Sering digunakan dalam masakan Thai. Ia menambah perisa kepada sup, salad, dan sajian mi / bihun.
Kucai – Digunakan dalam masakan Cina untuk memberi perisa bawang putih yang ketara. Potong kucai sepanjang 2-3 sm dan goreng dengan mi / bihun atau telur.
Serai - Digunakan untuk memberi perisa kepada sup, kari, sos, dan banyak lagi! Buangkan lapisan kulit luar dan gunakan bahagian dalam yang putih.





