Apa perlu dilakukan sekiranya nasi tidak masak dengan sempurna

22 11 2009

 

Nasi Mentah

Nasi Mentah

Sekiranya nasi tidak masak dengan sempurna lakukan seperti berikut :

 

Masalah : Nasi masih mentah atau keras di tengah-tengah.

Penyelesaian : Masukkan air sekadar cukup untuk menghasilkan sedikit wap, 1/4 cawan atau kurang. Tutup periuk dan masak lagi dengan api kecil selama 5 minit.

Masalah : Nasi sudah masak tetapi terlalu berair.

Penyelesaian : Buka tudung periuk dan masak dengan api kecil untuk mengeringkan air. Boleh juga senduk nasi ke atas alas pembakar dan keringkannya dalam ketuhar pada suhu rendah.

Masalah : Nasi di bahagian bawah periuk hangus.

Penyelesaian : Cucurkan air sejuk di bahagian luar bawah periuk untuk mengelakkan bau hangit daripada meresap ke bahagian nasi elok (jangan tambah air kepada nasi tersebut). Senduk keluar sebanyak mungkin nasi yang tidak hangit.





Menjaga kebersihan dapur anda

22 11 2009

Penjagaan pisau

Untuk mengelakkan pisau yang jarang digunakan berkarat, pastikan mata pisau dicuci bersih dan dikeringkan dengan sempurna selepas digunakan. Permukaan mata pisau harus disaluti dengan satu lapisan minyak atau gris dan disimpan sebelum digunakan semula.

Mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dalam peti sejuk

Letakkan seketul kecil arang dalam peti sejuk (sebaiknya letakkan di rak tertinggi). Sekeping limau nipis yang baru dihiris juga boleh memberikan kesan yang sama.

Membersihkan gris daripada pengisar

Roti boleh digunakan untuk menanggalkan kesan minyak dari mangkuk pengisar. Selepas mengisar sesuatu yang berminyak / berlemak, masukkan sekeping roti ke dalam bekas pengisar dan kisar selama beberapa saat.

Mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dalam peti sejuk

Untuk mengelakkan kebanyakan sayur menjadi ranum dalam peti sejuk, kerat sayur-sayuran ke dalam saiz yang besar sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.

Mengekalkan keserian ketuhar gas

Curahkan secamca besar cuka ke atas span dan kesat kotoran pada dapur gas. Ini akan memudahkan minyak yang terkumpul ditanggalkan. Kemudian, bersihkan dapur seperti biasa dengan detergen dan air.

Dapur Bersih

Dapur Bersih

 





Herba dan rempah sebagai penambah perisa masakan

22 11 2009

Herba dan rempah merupakan antara bahan serbaguna yang boleh anda gunakan dalam masakan. Gunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan masakan yang lebih lazat, lebih berperisa.

Daun Kari – Daun kari boleh digunakan dalam pelbagai masakan tempatan, terutamanya masakan kari.

Daun Pudina – Masukkan ia sebagai penambah rasa segar pudina dalam masakana sam pedas.

Cili Padi – Tambahkan sedikit ke dalam masakan anda untuk rasa lebih pedas dan lebih ‘umph‘.

Kulit Kayu Manis – Meningkatkan aroma sajian nasi berdaging serta melazatkan hidangan nasi minyak, nasi tomato, kari, dan kurma.

Bunga Cengkih – Rempah yang digemari untuk sajian kaserol, perapan, bergedel ayam, kari, dan stew.

Daun Selasih – Herba yang mempunyai perisa lemon. Daunnya kecil dan tirus. Sering digunakan dalam masakan Thai. Ia menambah perisa kepada sup, salad, dan sajian mi / bihun.

Kucai – Digunakan dalam masakan Cina untuk memberi perisa bawang putih yang ketara. Potong kucai sepanjang 2-3 sm dan goreng dengan mi / bihun atau telur.

Serai – Digunakan untuk memberi perisa kepada sup, kari, sos, dan banyak lagi! Buangkan lapisan kulit luar dan gunakan bahagian dalam yang putih.





Beberapa cara mudah untuk mengurangkan perbelanjaan dapur anda

21 11 2009

Berjimat Cermat

Berjimat Cermat

Semasa membuat pertimbangan untuk menjimatkan perbelanjaan, makanan adalah satu sumber yang anda boleh menjimatkan belanja dengan banyak.

  1. Buku harga. Ini adalah satu sistem untuk merekodkan harga barangan yang anda beli. Buat beberapa ruang dengan tajuk berikut : Tarikh, Kedai, barangan, Saiz, Harga, Harga Unit, dan Harga Diskaun. pada sudut atas kanan mukasurat, catat nama barangan yang dibeli (seperti “beras“, “susu“, “sayur-sayuran“, dsb). Selepas memantau harga selama beberapa bulan, anda akan mengetahui manakah tawaran yang bagus dan mana yang tidak. Ruang yang paling mustahak ialah Harga Unit, kerana ruang tersebut memberitahu anda harga yang anda bayar untuk setiap gm atau lain-lain unit ukuran.
  2. Kurangkan membeli snek yang tidak berkhasiat, minuman bergas dan makanan diap untuk dimakan. Makanan begini mahal dan tidak berkhasiat.
  3. Sentiasa membeli-belah dengan senarai runcit dan pastikan anda hanya membeli barangan yang tersenarai supaya anda tidak membeli barangan yang mahal atau tidak diperlukan.
  4. Jangan membeli belah ketika lapar! Anda pasti teringin membeli apa sahaja yang dilihat kerana semuanya nampak sedap.
  5. Latih anak-anak yang sudah cukup dewasa untuk membuat perbandingan harga. Minta mereka membeli sos paling murah atau apa sahaja di kedai berdekatan untuk mereka menimba pengalaman. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  6. Membeli-belah pada waktu kedai tidak sesak supaya anda tidak tergesa-gesa dan boleh membuat keputusan dengan baik.
  7. Gunakan segala-galanya semasa memasak.. Tulang-tulang daging dan reja sayur-sayuran boleh dibuat air rebusan yang sedap. Baki reja sayuran dan tulang daging boleh direbus bersama-sama dan dijadikan stok untuk sup atau stew. Jangan membazir. Membazir itukan amalan yang tidak baik.




Tip untuk melayan tetamu

21 11 2009

Apabila anda menjamu sahabat-handai di rumah, hidangan bufet yang ringkas adalah cara terbaik untuk memeriahkan suasana. Tetamu boleh mengambil sendiri makanan dan ini memudahkan anda melayan mereka – itulah cara terbaik dan bijak.

Serikan majlis anda dengan gubahan bunga yang istimewa di atas meja – walau ia hanya sejambak bunga tempatan seperti orkid dan bunga raya. Jika anda mempunyai masa, sediakan hadiah-hadiah kecil untuk tetamu anda. Anda akan dikenang sebagai tuan rumah yang unggul.

Mangkuk Cuci Tangan

Mangkuk Cuci Tangan








Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.